Program Khas Bersama OKU

12 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada selasa, 11 Disember 2018, telah diadakan satu Program Khas Bersama OKU yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program Khas Bersama OKU ini telah di hadiri oleh seorang OKU sahaja. Tujuan Program Khas Bersama OKU ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan kefahaman kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan dengan ICT,Internet dan juga softskill di dalam komuniti Perkampungan Felcra Sungai Ara. Pada program kali ini, beliau diberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan Microsoft Office Power Point.

Program ini merupakan sambungan daripada program bulan lepas dimana beliau diberikan penerangan berkaitan dengan Microsoft Office Powerpoint. Di awal program ini, beliau telah di terangkan berkaitan fungsi Microsoft Office Power Point. Setelah selesai penerangan, beliau diberikan tugasan menaip dengan menggunakan Microsoft Office Power Point. Di akhir program ini, beliau telah berjaya melengkapkan tugasan dengan menaip teks dengan menggunakan Microsoft Office Power Point.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali